SiCantik sama SiKacak

Sunday, September 8, 2013

Apa Itu Garam Epsom (Epsom Salt) ?

Salam readers.. Apa khabar? :)
Banyak open house? Tahun ni undangan open house kurang sikit, x macam tahun lepas. Maybe sebab tahun lepas tu masih bekerja ;)


Baru2 ni, Fizza berendam dalam kolam berisi Epsom Salt. Before tu, kenalah tau apa tu epsom salt kan? Garam Epsom ni adalah sebatian mineral semulajadi, terdiri daripada magnesium dan sulfat yang boleh memberi beberapa manfaat jika menggunakannya dengan cara yang betul. Garam Epsom seringkali di kenali sebagai penawar untuk beberapa penyakit.

Kajian telah menunjukkan bahawa magnesium dan sulfat, kedua2 mineral ini mudah diserap ke dalam kulit. Apabila dilarutkan ke dalam air suam, garam epsom akan meningkatkan tahap magnesium ke dalam badan. 

Magnesium memainkan beberapa peranan termasuk mengawal selia aktiviti2 enzim, mengurangkan radang, merehatkan sistem saraf, melegakan sakit anggota badan, mengurangkan ketegangan otot dan dikatakan juga mampu mencegah pengerasan arteri. Manakala sulfat pula di katakan membantu meningkatkan nutrien dan menyahkan toksin.
Cara menggunakan garam epsom ialah dengan berendam di dalam bath tub (2 cawan garam epsom + 15 gallon air), sekurang2nya 2 atau 3 kali seminggu selama 12 minit boleh memberi manfaat kepada kesihatan badan, mewujudkan perasaan ‘relax’,melegakan sakit kepala dan ‘stress’ atau larutkan 1/2 cawan garam epsom dengan air suam ke dalam bekas sederhana besar dan rendamkan kaki selama 20 minit untuk melegakan keletihan dan sakit kaki. Jangan sekali kali membiarkan garam pada kulit sebaik saja selesai berendam, pastikan membilas badan dengan air biasa.

Garam ni juga dipercayai boleh mengurangkan gejala pre-eclampsia. Mommies2 yg pregnant sure tau kanpre-eclampsia tu ape? Haa kalau xtau,sila lah google ye :) So, dekat2 nak due ni takut jugak kalau terkena pre-eclampsia ni. Kadang2 takde tande pun boleh kena secare tibe2 waktu kite bersalin nanti. Contohnye mcm sawan. Ade sesetengah ibu tibe2 xsedarkan diri mase tengah2 bersalin tu. Pernah dengar x? Tula salah satu effectnya. So, Fizza buat ni sebagai langkah berjaga-jaga je. Ape2 pun kite hanye usaha, doa dan bertawakal pade Allah semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.. Aminnn :) 
Banyak manfaat dengan berendam garam epsom kan?
Di bulan syawal ni kalau terasa letih melayan tetamu, penat travel jauh2. Boleh cuba le, mungkin dapat memberi kelegaan pada tubuh badan. Sebabnye kan, ia berfungsi melegakan otot2 badan. InsyaAllah. Walaubagaimana pun jika hamil dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan garam epsom sebab sesetengah berpendapat garam ni boleh mengurangkan air dalam badan. Fizza ambil langkah utk xberendam lame2. Lepas berendam tu plak, Fizza minum air banyak2. 

Beberapa info pasal epsom salt yg Fizza dapat dari Google. Kalau nak bace2 n tambah info, boleh la klik.
http://www.howlivingwell.com/archives/20130520/epsom-salt-laxatives-and-pregnancy.html
http://www.hcgdiethelp.info/epsom-salt/

Kat mane nak beli garam epsom ni? Boleh cari dekat kedai2 organik, farmasi or Fabulous Mom. Fizza beli dekat Fabulous Mom. Packaging macam bawah ni. 1kg harganye RM 26.90

O' Choice Epsom Salt

Ok, semoga info ni memberi manfaat pade semua.. Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Kalau suka bolehla komen ^_^